Sikap sebenar akan muncul apabila kita tertekan atau terdesak. Terutamanya pada waktu kita hanya mempunyai dua pilihan. Adakah kita akan melakukan perkara yang sepatutnya atau sebaliknya? Keputusan jenis apakah yang kita ambil? Apabila dikumpulkan jenis-jenis keputusan yang telah kita ambil, maka jelaslah nanti kita mempunyai sikap yang bagaimana.
Mengapa jenis pilihan itu boleh mengambarkan sikap sebenar kita? Ini tidak lain adalah kerana kita makhluk yang sentiasa dihadapkan dengan pilihan.



Maklumat-maklumat disampaikan oleh ramai orang dalam perhimpunan ataupun seminar. Orang biasa menyampaikan maklumat kepada hadirin tanpa ada tiga tujuan utama yang akan diterangkan nanti. Mereka tidak ubah seperti pembaca berita perdana di TV siaran utama. Bagi pemimpin yang sebenar, mereka bukan sahaja menyampaikan maklumat-maklumat berguna seperti pembaca berita tadi. Mereka mempunyai tujuan yang lebih tinggi. Mereka tidak mahu sekadar menjadi burung kakak tua. Mereka mempunyai tiga tujuan utama, seperti berikut:
Selepas cuti pengggal pertama, anak yang ke empat telah berpindah ke sekolah baru. Berpindah dari sekolah kampung di Banting ke sekolah bandar di Kuala Lumpur. Selama beberapa minggu anak yang ke empat itu meragam tidak mahu ke sekolah. Tiap-tiap hari terpaksa dihantar ke kelas, menyerahkannya ke tangan guru yang mengajar. Jika tidak dibuat demikian, dia tidak mahu masuk ke kelas. Anak-anak lain yang sebelum ini berpindah sekolah tidak pula demikian. Benar-benar memberi pengalaman baru kepada seorang bapa yang masih belajar-belajar.
Tidak ramai yang mendapat kejayaan dengan tiba-tiba. Ramai yang bermula dari bawah dengan cara yang sederhana, malah ada antaranya bermula dalam keadaan yang daif. Saya sendiri bermula dengan hanya pandai membaca dan menulis, malah tidak tamat sekolah menengah. Jauh sekali daripada memiliki segulung diploma ataupun ijazah. Saya bermula tanpa ada kemahiran ataupun wang yang banyak.
Mengenal peribadi seseorang itu tidak mudah. Kita hanya nampak di luaran, tetapi peribadi sebenar dalamannya tidak kita ketahui. Walaupun begitu jika lama kita bersama-samanya, ia boleh dikenali juga. Satu caranya adalah dengan melihat pilihan-pilihan yang dibuat dalam hidupnya. Mungkin itu yang dimaksudkan, jika kita hendak mengetahui peribadi dan hati budi seseorang itu, pergi mengembara bersama-samanya. Supaya nampak pilihan yang dibuat ketika bersama-samanya.
Bagaimana kita membuat pilihan dalam hidup ini? Bertanya kerana pilihan yang diambil menentukan jalan kehidupan kita.
Ini telah dibaca dalam sebuah buku mengenai cara untuk mencapai cita-cita yang kita inginkan. Satu darinya adalah dengan menuliskan setiap hari cita-cita kita itu. Kesan dari perbuatan ini menjadikan kita lebih fokus sepanjang hari untuk mencapainya. Sebarang peluang yang boleh membawa kita hampir kepada tercapainya cita-cita itu, menjadi lebih mudah kita kenali.
Pilih satu cita-cita yang penting untuk kita capai dalam bentuk soalan di atas sekeping kertas. Sebagai contoh, "bagaimanakah caranya saya boleh mengumpul Rm1 juta dalam masa lima tahun dari sekarang?"
Kita adalah sebahagian dari keluarga kita sendiri. Banyak perkara-perkara yang kita sukai atau yang kita benci berasal dari keluarga kita dibesarkan. Jika pada Hari Raya dirayakan dengan makan-makan ketupat, sambal satay, rendang dan sayur lodeh, maka apabila dewasa kelak makanan-makanan jenis itulah yang akan kita sukai.
Bagaimana mengukur kebaikan? Apa yang didapat selepas mengukur-ukur kebaikan? Untuk tujuan mengungkit? Apa harus dilakukan kepada orang yang meminta-minta kebaikan, untuk dirinya dari kita? Bukan setakat itu, diungkit pula kebaikan kita kepada sipolan dan sipolan. Menyoal mengapa tidak kita memberi kebaikan pada dirinya. Mengapa kita wajib memberi kebaikan pada dia? Sedangkan dia tidak ada apa-apa pada kita?